Pengikut

Ahad, 30 Mei 2010

Seminar Pembangunan Perniagaan

Lokasi: MS Garden Kuantan
Tarikh: 30hb May 2010
Masa : 8.30am-5.30pm

Terimakasih buat en Nizam & isterinya pn Rinie dari blog http://riniezcom.blogspot.com/ kerana dengan bantuan dan info mereka maka, membolehkan saya berada di dewan Seminar Hotel MS Garden.
Seminar bertajuk "Pembangunan Perniagaan" dianjurkan bersama http://www.kpdnkk.gov.my/ dan http://www.angkasa.coop/ pada 30hb May 2010 dari jam 8.30am - 5.30pm.

Rabu, 26 Mei 2010

Teknik Pewarnaan

Untuk mewarnakan rotan...saya guna teknik ni...teknik ni saya dapat sewaktu berkursus secara tak formal di bengkel kraftangan Kg Kolek Sg Lembing. Selain buku dan artikel di internet dijadikan rujukan...
Teknik pewarnaan ini digunakan hampir sama mewarna atau mencelup bahan-bahan daripada tumbuhan untuk dijadikan kraftangan seperti lidi, akar, buluh, pandan, rotan, mengkuang
dan sebagainya.

Teknik pewarnaan di blog ini khusus untuk mewarna atau mencelup bahan tumbuhan daripada rotan.

Perwarnaan dibahagikan kepada 2

Sabtu, 22 Mei 2010

Produk Tempahan Pustaka Deemand

Antara produk yang telah dihasilkan untuk tempahan "Pustaka Deemand" Indera Mahkota Kuantan, pada 20/5/2010



(A) Bekas Pensil

Saiz : T 10cm x dia: 7cm



(B) Pasu bunga Mini - 3 warna


Saiz: T:14cm x dia: 8cm x dia: 6cm




(C) Bekas Kerongsang - Hijau


Saiz: T: 7cm x dia: 7cm x dia: 6cm



(D) Bekas Kerongsang - Hijau

Saiz: T: 7cm x Dia: 7cm x Dia: 5cm




(E) Bekas Pensil - 3 Warna

Saiz: T: 10cm x Dia: 7cm




(F) Bekas Kerongsang Mini - Nature Color

Saiz : T: 5cm x 7cm





(G) Bekas Kerongsang Mini - Nature Color






(H) Bakul Bertangkai - 3 warna


Saiz: T: 8cm x Dia: 8cm





(I) Bekas Pensil - Pink Color

Saiz : T; 10cm x Dia: 7cm






(J) Bakul Telur untuk saiz telur Gred A



(K) Replika Gelas - 3 warna
Saiz : T: 14cm x Dia: 7cm x Dia: 5cm






Khamis, 20 Mei 2010

Munculnya Kreativiti

(A)

Hasil dari lepas minum petang di serambi. Replika gelas dari anyaman rotan. Sedang mencuba mengabungkan 3 warna. Pink, hijau dan warna asli rotan...tinggi 14cm x dia: 7cm x dia: tapak: 5cm. Anyaman menggunakan rotan halus 1.5mm. Kaedah anyam 3 jalinan. Boleh lah dijadikan perhiasan ke...atau sebagai hadiah untuk sahabat ke...sapa2 je laa..





(B)


Bakul rotan mini special ni warna hijau muda....letak kerongsang atau seumpama dengannya. Cuba lihat...menarik dihiasi dengan seekor rama2 merah...




(C)

Pasu Bunga Mini Istimewa
Menggunakan rotan saiz 1.5mm berwarna pink dan hijau muda juga warna asas rotan. Corak anyam 3 jalinan. Saiz T: 14cm x dia: 8cm x dia (tapak): 6cm




































































































































































































































































































































































































































































Isnin, 17 Mei 2010

Terimakasih En Z

Tuntutan Bayaran Cenderamata Rotan.

Hari ni aku buat "claim" tuntutan bayaran kerana membekalkan cenderamata rotan. Tuntutan "cash bill" diajukan terus kepada En.Z, tak banyak cuma RM300.00 untuk 50 kuantiti pelbagai saiz dan bentuk, alhamdulilah...usaha yang berbaloi.

Walaupun jumlah tak sebanyak mana tapi membawa satu pengertian yang amat bermakna. Terimakasih En.Z... Bila kita sebut SENI...membayangkan kepandaian seseorang dalam melahirkan idea untuk melakarkan, membina, melukis, atau pelbagai lagi ilham.

Adakah Seni itu dah sememangnya wujud dalam diri?...bagaimana nak jawap erk...!! Bila minat, kesungguhan dan usaha bersatu pasti jadi... Dengar lagu ni erkk...mana tau kan dapat ilham ke

NUR KASIH

Isnin, 3 Mei 2010

BEKAS KERONGSANG



Pelbagai saiz dan bentuk untuk Bekas Kerongsang atau pelbagai guna. Dianyam dari rotan sega, sesuai dijadikan cenderamata di majlis-majlis perkahwinan, hari jadi, atau cenderamata korporat di majlis perasmian atau sebagainya. Warna boleh ditentukan sendiri mengikut warna tema majlis.....

Saiz dan warna mengikut pilihan dan anda tentukan.... Harga mengikut saiz, warna dan bentuk..bermula dari RM 5.00

Untuk lebih terperinci sila ke BEKAS KERONGSANG
Untuk tempahan hubungi kami di 014-8203127
LAN2779@GMAIL.COM

Kewujudan UmmieCraft

UmmieCraft ni sempena nama isteri saya.
Namanya Rohani atau panggilan Ummie. Selain Saya sebagai tenaga pengerak "ummiecraft" Isteri (Rohani binti Taludin) adalah orang kedua yang banyak membantu melahirkan
idea-idea baru anyaman berasaskan rotan.
Selain tu...adik ipar (Norasma bt Said)sebagai tenaga pekerja mahir.
Kami semua mempunyai minat yang sama.....
jika sudah minat dan kesungguhan pasti ada jayanya..

SIJIL KURSUS


Buat masa ini ummiecraft menjalankan operasi di rumah sahaja. Kami bercita-cita mempunyai bengkel sendiri dan ingin memenuhi kehendak pasaran luar negara, oleh itu kualiti adalah perkara utama dalam melahirkan produk.