Pengikut

Jumaat, 25 Jun 2010

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Seniman dan Konsert Bintang

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Seniman & Bintang-Bintang JKKN 2010
18 Jun 2010 - 19 Jun 2010
Anjuran :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Pejabat Khidmat Rakyat ADUN Sg Lembing
Majlis Perbandaran Kuantan
------------------------------------------------------------------------------------
Program Merakyatkan Seni Budaya merupakan program di bawah selian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKWA) dan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Program tersebut mula dilaksanakan setelah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Januari 2005.

Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya Negara di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.

Kami di ummiecraft berkesempatan mengadakan pameran dan jualan kraftangan dibawah selian gerai KEMAS dari Kolek SG Lembing. Disamping jualan kraftangan kami juga mengadakan jualan Ice Blended - Malaya Expresso. Alhamdulilah...rezeki itu dimana-mana asalkan kita berusaha.

Antara aktiviti diadakan:
Senam Seni 1Malaysia, Pertandingan Sukan Rakyat, Sepak Raga Ratus, Tarik Tali ,Congkak , ANYAM KETUPAT ,Pertandingan Karaoke ,Galah panjang, Bola sepak 5 sebelah, Terompah gergasi, Bowling kelapa, Pakaian beragam, Treasure Hunt

Antara produk kraf di pameran dan jualan







Selasa, 15 Jun 2010

Cintai Warisan Kraf Malaysia - SITI NUR HALIZA

CINTAI WARISAN KRAF MALAYSIA
Lirik Lagu
Siti Nur Haliza

Bertari budaya warisan kita
Bertata harmoni alam bangsanya
Berseni tinggalan pandai orang lama
Halus tenun halus coraknya

Pakai dan hiasilah
Diri dan kehidupan
Dengan kraf buatan Malaysia
Lambang jatidiri bangsa

Dicanai ditempa dengan semangat
Dipahat diukir penuh berhemat
Digali dilukis menyentuh jiwa
Tinggi mutu nilai seninya

Rasakan biasakan
Luangkan kegunaan
Dengan kraf buatan Malaysia

Di desa di bandar ataupun di kota
Guna pakai barangan kita
Galak membeli galak memakai
Ekonomi kita pun turut berkembang

Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan

Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jatidiri bangsa


KENALI ROTAN

ROTAN
  • Sejenis tumbuhan palma yang menjalar
  • Tumbuh liar dihutan-hutan nusantara
CONTOH ROTAN
  • Rotan Air
  • Rotan Bakau
  • Rotan Batu
  • Rotan Bukit
  • Rotan Kera
  • Rotan Kolam
  • Rotan Manau
  • Rotan Sega
  1. Rotan batu, rotan manau dan rotan sega adalah yang terbaik.
  2. Di Malaysia rotan ditanam secara komersial atau tanaman selingan diladang.
  3. Sabah, Sarawak, Perak dan Pahang adalah pengeluar terbanyak rotan.
PROSES ANYAMAN ROTAN
  • Terdapat beberapa kaedah untuk memastikan rotan boleh dianyam.
PROSES 1 - MENETAK
  • Bahagian batang rotan digunakan sebagai bahan anyaman.
PROSES 2 - MENGASING
  • Rotan yang ditetak tadi perlu diasingkan daripada kulitnya yang berduri dan dari batang yang keras.
  • Rotan diraut dan dimasukkan kedalam minyak diesel dan minyak kelapa selama 50 minit.
  • Tujuannya supaya rotan tersebur tahan lama dan tidak mudah luntur.
PROSES 3 - MENGERINGKAN
  • Rotan dicuci dan dikikis untuk hilangkan kesan minyak.
  • Dijemur selama 1 minggu untuk memberi daya ketahanan.
PROSES 4 - MENCELUP
  • Setelah kering rotan dicelup ke dalam bahan kimia.
  • Kemudian dimasukkan kedalam mesin pengasap (asap belerang).Tujuannya untuk memutihkannya.
PROSES 5 - MENJEMUR
  • Rotan perlu dijemur lagi untuk mengurangkan kandungan air, akibat proses pencelupan bahan kimia tadi.
  • Dijemur dan dikeringkan dibilik pengeringan.
  • Biasanya disalai menggunakan kayu arang
PROSES 6 - MEMOTONG
  • Setelah kering barulah rotan dipotong.
  • Menggunakan mesin potong yang tajam untuk mengelakkan dari pecah.
Proses varnis jika dilakukan pada rotan akan memberi ketahanan berganda dan lebih menarik.

*sumber / rujukan dari internet, buku Siri Warisan Seni Kraf Anyaman.Cipta Pulishing

Ahad, 13 Jun 2010

Bengkel Anyaman Rotan

Puan Norsiah binti Ismail
Pemaju Masyarakat Kemas

Jika anda berpeluang ke Negeri Pahang Darul Makmur khususnya bandar Kuantan, jangan lupa singgah di Bengkel Anyaman Rotan dan Pelbagai, bertempat dan dibawah seliaan Kemas RRM Kolek, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.Menurut Pemaju Masyarakat Kemas, Pn. Norsiah bt Ismail...bengkel ni dibuka pada tahun 2008

dan kini mempunyai peserta terlatih terdiri dari 6 orang. Mereka dari kalangan penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Selain peserta tetap itu terdapat ahli-ahli atau pencinta kraf yang sama-sama mencipta, melahirkan idea-idea kraf untuk diketengahkan......

Banyak produk-produk kraftangan rotan dikeluarkan, antaranya tudung saji, bakul beg pakain, bakul laundry, dulang air, bekas pensil dan pelbagai. Kami ummiecraft mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kak Siah (panggilan kami kat dia...) beliau adalah tempat kami membuat rujukan, tunjuk ajar, ilmu-ilmu kraf tidak disimpan macam tu je....diwarisi kepada pencinta, peminat atau sesiapalah...

Kak Siah juga mengadakan kelas anyaman, setiap hari khamis. Jika sesiapa yang berminat boleh lah berkunjung ke Bengkel Anyaman Kak Siah di Kolek, Jln Sungai Lembing.

Sekarang ni Kak Siah dan peserta-peserta sedang sibuk menganyam untuk jualan dan pameran dibawah kelolaan Kraftangan Pahang di Water Park, Gambang.

Projet anyaman terbaru Kak Siah...

Menarik tak..?? menarik kan. Tudung saji di anyam menggunakan reben. Jika anda berminat boleh menghubungi Kak Siah atau hubungi kami pun boleh (014-8203127)

okay... berundur dulu di lain artikel.

"Cintailah Kraf Malaysia"

Tempahan Bakul Telur Rotan




Minggu yang bz...

Antara gambar-gambar bakul telur rotan yang telah siap kami anyam. Ada 2 warna menurut kehendak pelanggan kami. Anyaman atas berwarna pink dan hijau.

"Selamat Pengantin Baru" buat anak Wak Din. Muga kekal ke akhiratnya hendaknya.


Khamis, 10 Jun 2010

Pameran dan Jualan


Sebahagian gambar-gambar di Pameran dan Jualan Kraftangan, anjuran Kraftangan Pahang bertempat di MegaMall Kuantan.

Beberapa kraftangan adalah dari koleksi ummiecraft


Rabu, 9 Jun 2010

Seni Anyaman

*sumber gambar dari internet
Menganyam adalah satu proses menjalin helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, buluh dan beberapa jenis tumbuhan dengan cara menyusupkan antara satu sama lain. Bahan tumbuhan itu dikeringkan dan dibentuk terlebih dahulu sebelum proses anyaman dilakukan.

Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan.

Menganyam merupakan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi, kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.

Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti perabot dan perhiasan diri.

Kini dengan adanya teknologi baru itu timbul seni anyaman daripada plastik dan tali. Bagi memastikan senii anyaman terus mendapat psaran dalam dan luar negara, pelbagai barangan perlu direka, dicipta menurut keperluan dan kehidupan seharian masyarakat.

Ini bermakna seni anyaman mendapat tempat dan potensi yang baik apabila dipasarkan keluar negara. Oleh itu penghasilan yang bermutu adalah penting untuk memastikan anyaman terus hidup dan diminati.

Selasa, 8 Jun 2010

Topi Hiasan Dinding




Topi 'Pink' dari anyaman rotan yang bermutu ni sesuai dan menarik jika menempatkannya di dinding ruang tamu anda. Decoration dinding ni lebih menyerlah jika dihiasi reben atau bunga sebagai pelengkap hiasan. Anda juga boleh menentukan saiz dan warna.

Berminat...

SMS kami 014-8203127

Produk Kami

Antara produk kami paling tinggi ditempah...adalah dari koleksi Bakul Telur Rotan anda boleh tentukan saiz dan warna. Harga dari RM1.00 hingga RM1.60


Pelbagai koleksi Bekas Pensil dari anyaman rotan yang bermutu. Boleh tentukan saiz dan warna pilihan mengikut kehendak sendiri.

Isnin, 7 Jun 2010

Kaedah Hantar

UmmieCraft telah memilih Pos Malaysia sebagai syarikat penghantaran utama kami berdasarkan caj perkhidmatan yang berpatutan dan kualiti perkhidmatan yang baik. Anda boleh memilih mana-mana kaedah penghantaran berikut:

-------------------------------------------------------------------------------
PosDaftar

Kaedah pengiriman yang murah dan selamat ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

SemenanjungM'sia Timur
Caj Penghantaran (0g - 499g)RM1.00RM3.00
Caj Penghantaran (500g - 999g)RM3.00RM5.00
Caj Penghantaran (1000g - 1499g)RM5.00RM8.00
Caj Penghantaran (1500g+)Rujuk kadar Parsel
Tempoh Tiba2 - 5 Hari7 - 14 Hari

-----------------------------------------------------------------------------

PosLaju

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Perkhidmatan PosLaju juga merupakan satu-satunya kaedah penghantaran yang akan kami gunakan bagi kiriman ke destinasi-destinasi antarabangsa.

Semenanjung (RM)M'sia Timur (RM)Antarabangsa
Caj Penghantaran (0g - 499g)5.007.00Rujuk Carta
Caj Penghantaran (500g - 999g)7.0011.00Rujuk Carta
Caj Penghantaran (1000g - 1499g)9.0015.00Rujuk Carta
Caj Penghantaran (+500g berikutnya)+3.00+5.00Rujuk Carta
Tempoh Tiba1 - 2 Hari2 - 3 Hari3 - 7 Hari

Destinasi Antarabangsa

Negara500g Pertama1000g Pertama1500g Pertama+500g Berikutnya
Singapura25.0027.0055.00+6.00
Brunei D.S.40.0048.0060.00+7.00
Indonesia40.0048.0063.00+7.00
Thailand40.0047.0063.00+7.00
Filipina40.0049.0078.00+9.00
Jepun53.0065.00104.00+17.00
Korea Selatan48.0061.00105.00+17.00
USA74.0094.00154.00+22.00
United Kingdom80.00100.00143.00+17.00
Australia68.0083.00114.00+16.00
New Zealand62.0077.00121.00+20.00
Lain-LainSila hubungi kami untuk caj penghantaran

* Caj adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parsel Pos Malaysia

Semua tempahan dalam negara yang mempunyai berat melebihi 2Kg akan kami kirimkan melalui kaedah Parsel Pos Malaysia kerana kaedah pengiriman ini adalah paling murah ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia bagi bungkusan besar/berat. Walaupun tiada kemudahan "Track & Trace" bagi perkhidmatan ini anda akan kami berikan No Bungkusan agar anda boleh membuat rujukan dan pertanyaan terus dengan Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Semenanjung
(Surface Parcel)
M'sia Timur
(Air Parcel)
Caj Penghantaran (3Kg pertama)RM2.00RM6.00
Caj Penghantaran (+1Kg berikutnya)+RM1.00+RM4.00
Tempoh Tiba3 - 7 Hari1 - 2 Minggu


---------------------------------------------------------------------------
Anda juga boleh memilih untuk mengambil sendiri tempahan anda di premis kami seperti berikut. Sila hubungi kami dahulu bagi menetapkan tarikh dan masa kutipan:

No 5 Lorong 6
Kg Padang Perdana
Jalan Sungai Lembing
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur