Pengikut

Selasa, 21 September 2010

BASKET MASTER

Nancy Jacobs

Kepada peminat-peminat untuk koleksi bakul rotan, kami sarankan layari lah blog dari Mexico ini di alamat http://basketmasterweavings.blogspot.com/. Anda pasti berpuas hati dari hasil kerjanya yang mengkagumkan. Blog Nancy Jacobs ini dijadikan panduan dan rujukan untuk kami terus berkecimpung serta memperbaiki kekurangan yang ada di blog "ummiecraft" ini.


Kami sempat menghantar email kepada Nancy...berikut adalah balasan email dari Nancy



Komentar dari Nancy amat bermakna untuk kami terus menghidupkan Seni Kraftangan khususnya dari hasil rimba rotan ini. Mungkin satu hari nanti kami akan mengunjungi Nancy untuk melihat lebih dekat hasil kerja tangannya.

Jumaat, 3 September 2010

Proses Mewarna Rotan

Bagaimana Mewarna Rotan
Disini disertakan cara-cara untuk kita mewarnakan rotan. Mudah dan ringkas je...nanti boleh cuba. Mudahan panduan ini berguna untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan seni kraftangan.
MARI CUBA....Langkah Demi Langkah
1. Sediakan periuk besar. Masukkan air, panaskan hingga mendidih.


2. Masukkan serbuk pewarna. (dye) ke dalam periuk. Aturan nya untuk 1kg rotan bersama 1 sudu serbuk pewarna.

3. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan rotan.

4. Biarkan selama 1 jam lebeh kurang, sambil-sambil membalik-balikkan rotan dalam periuk tadi supaya sekata.

5. Dah cukup masa, angkat rotan kemudian jemur ditempat teduh dari sinaran matahari. Mudah je kan...