Pengikut

Rabu, 24 November 2010

BAKUL TELUR dari kertas surat khabar

Di blog ni bukan sahaja boleh dapati kraftangan berasaskan rotan tapi, terdapat juga kraftangan dari bahan kitar semula. Bahan tu sudah tentu kertas surat khabar...Mungkin diantara pembaca atau yang berada diluar sana sudah mengenali kraftangan dari bahan terbuang itu atau kraftangan dari kertas surat khabar, ya...kraftangan dari bahan tersebut memenuhi setiap iklan-iklan yang ada di internet...

Pihak kami juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan bakul telur dari kertas surat khabar. Jika dilihat seni buatan nya atau cara anyaman seakan hampir sama seperti anyaman rotan...tetapi jika diteliti dengan baik, ia adalah hasil seni yang unik dari bahan terbuang kertas surat khabar.

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan jika anda rajin....jika anda kreatif orangnya...jika anda mahu menjimatkan kos...jika anda apa-apa aje lahh...selepas ni kumpul kertas surat khabar....jangan dibuang....nanti kotor dan mencemarkan alam.

Adalah lebih baik anda gunting atau potongkan kertas surat khabar itu kebeberapa bahagian...untuk dijadikan kraftangan. Bahagian yang dipotong tersebut perlulah digulung bulat menggunakan lidi ke atau seumpama. Kemudian, sudah selesai bahagian itu dianyam untuk dijadikan kraftangan 
seperti Bakul Telur Kertas Surat Khabar...

Cuba lihat gambar dibawah ni...Ini adalah contoh yang kami buat...

BAKUL TELUR KERTAS SURAT KHABAR

Agak-agak jadi tak jika tuan-tuan puan-puan menganyam menggunakan kertas surat khabar. 
Mesti boleh. Kami boleh beri panduan. InsyaAllah. 

Sekiranya kekurangan masa order je...

Kraftangan dari anyaman rotan ada peminatnya tersendiri, 
begitu juga kraftangan dari anyaman kertas surat khabar ada peminatnya. 

Kepada Peminat Anyaman Kertas Surat Khabar Berita baik untuk anda yang sedang 
mencari BAKUL TELUR seperti ini...
TINGGALKAN pesanan tempahan melalui borang tempahan didalam blog ini atau sms atau email