Pengikut

Jumaat, 21 Januari 2011

Sepintas Lalu dari Koleksi Kami

Sepintas Lalu Koleksi Ummiecraft
















Ahad, 16 Januari 2011

TAMBAH ILMU KEMAHIRAN MELALUI KURSUS

KURSUS ANYAMAN ROTAN


Hadirkanlah diri anda ke Kursus atau Seminar di sekitar daerah anda jika inginkan ilmu kemahiran yang berkaitan. Sehubungan dengan itu kami di Ummiecraft tidak melepaskan peluang dan berkesempatan menghadiri "kursus Pengurusan Sumber Keluarga". Bertempat di Bengkel Kraf Rotan, RRM Kolek, Sungai Lembing. Kami ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS, Parlimen Paya Besar, Kuantan.

Melalui kursus itu kami dapat menimba ilmu kemahiran baru dalam teknik menganyam Bakul Beg. Selain itu kami juga diberi pendedahan melalui ceramah Pengurusan Sumber & Kewangan Keluarga serta Mengenal Prodek dan Pasaran Masa Kini yang disampaikan oleh Pegawai dari MARA.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari memberi manfaat yang amat berguna....diharapkan Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS terus mewujudkan kursus-kursus sebegini.

Terimakasih sekali lagi buat Kak Nab dan Kak Siah yang bertindak sebagai penyelia dan guru.

SEKITAR GAMBAR KURSUS

Pegawai Mara Menyampaikan Ceramah

Puan Napsiah Penyelia Kemas

Anyaman tapak bakul oleh Pn Napsiah

Peserta Bengkel dengan anyaman bakul nya

Pserta Bengkel

Peserta Bengkel

Proses varnish Bakul Beg 

Bakul Beg yang telah siap di anyam

Untuk dipertandingkan


Bagaimana Proses menganyam Bakul Beg Rotan



asas tapak bakul bujur

anyaman badan bakul 

Teknik kelarai digunakan 

Teknik kelarai


Proses anyaman takapk bakul







Kepada yang berminat Bakul Beg anyaman Rotan ini bolehlah berhubung dengan kami melalui email : whatsapp @ call : 0142136157 
email: ummiecraft@gmail.com



 ..................KURSUS LAGI...............



ANTARA INTIPATI CERAMAH KURSUS

  1. Harus berulang kali mencuba jika gagal..tidak harus mengaku kalah
  2. Hasil yang dikeluarkannya mestilah bermutu
  3. Komited pada perjanjian dengan pelanggan
  4. Cekap dalam mengendalikan perniagaan. Mesti tahu bagaimana mengurangkan kos dan pantas.
  5. Penerangan yang sistematik serta mempunyai strategi
  6. Sentiasa merangka strategi dan idea baru
  7. Yakin pada kemajuan perniagaan - yakin akan berjaya
  8. Ketegasan pada diri sendiri serta pekerja
  9. Berkebolehan menyakinkan orang lain
  10. Perlu ada strategi pengaruh dan rangkaian
  11. Menggunakan strategi pengaruh silaturahim melalui promosi, pakar runding, kursus, pinjaman.

Isnin, 10 Januari 2011

DULANG AIR anyaman rotan

Assalamualaikum...

......Minggu yang buzy.........

Sejak dua menjak ni kami tak dapat nak kemas kini kan blog ni....
tempahan demi tempahan kami terima....alhamdulilah, itu rezeki yang diturunkan Allah swt. 
Kami sedaya upaya dengan kudrat yang diberikannya untuk menyiapkan tempahan bakul. 
Terimakasih yang tak terhingga kepada yang pernah berurusan dengan kami....


SAIZ: 40CM X 30CM
Kali ini dikesempatan yang ada ni....
kami cuba menampilkan hasil seni Dulang Air. Warna pilihan untuk dulang air ni kami gabungkan warna coklat dan nature color. Kepada yang berminat dengan warna keemasan ini boleh lah menempah dari kami. Selain warna itu ada beberapa pilihan warna seperti di gambar kat bawah ni...anda juga berhak untuk mempunyai pilihan saiz dan pattern anyaman.

Pilihan ditangan anda