Pengikut

Isnin, 21 Mac 2011

Tutorial Rama-Rama Rotan @ Rattan Butterfly


Rattan Butterfly @ Rama-Rama Rotan


Saiz: 6cm x 6cm

Bagaimana Cara Anyam Rattan Butterfly@Rama-Rama Rotan?

Sangat Mudah..dan anyaman ini adalah basic untuk belajar menganyam. Kita boleh jadikan Rama-Rama Rotan ini sebagai Key Chain seperti gambar diatas, atau jika lagi kreatif kita boleh frame..kan, buat satu taman rama-rama didalamnya...pandai-pandai la...:)

Bahan yang diperlukan:
  • Rotan bulat bersaiz 1.8mm
  • Pemutar skru
  • Penyembur air
Langkah-Langkah
  • Potong rotan bulat bersaiz 1.8mm panjang 3 kaki
  • Basahkan rotan terlebih dahulu, tujuannya untuk melembutkannya supaya mudah dianyam dan tidak patah.
  • Ikuti langkah-langkah atau cara menganyam menerusi ilustrasi gambar yang diberikan.
Selamat Mencuba...

"Enjoy Your Craft"

kaedah atau cara anyam kraf rama-rama

Selasa, 15 Mac 2011

Mari Belajar Anyam Bakul

Bakul seperti digambar ini boleh dibuat menggunakan pelbagai sumber bahan, 
kebanyakan biasanya ummiecraft menggunakan bahan dari sumber alam rimba seperti Rotan.....
Kali ini Ummiecraft ingin berkongsi pengalaman mencipta bakul yang mana dapat memuatkan kek untuk Majlis Perkahwinan yang ditempah oleh pelanggan.
Menganyam bakul memerlukan tahap kesabaran dan minat yang tinggi...kalau tidak ada secebis dari sifat itu anda akan mudah kalah...jika berminat teruskan pembacaan...dan disini diterangkan kaedah menganyam Bakul Kek dan harap dapat membantu anda untuk mencipta bakul seterusnya.

Saiz Bakul
Diameter Tapak : 8cm x 8cm
Diameter Atas : 9cm x 9cm
Tinggi Bakul: 7cm
Tinggi Tangkai: 10cm

Bahan-Bahan
Rotan Putih Bulat saiz 1.8mm 
Rotan Warna Hitam saiz 1.8mm
Rotan Putih Bulat saiz 2.5mm

Cara-Cara Menganyam
1. Sebelum anyaman dimulakan ada baiknya anda melakarkan garisan kotak 8 x 8. Jarak antara garisan adalah 2cm.
2. Untuk membina tapak bakul bersaiz 8cm x 8cm. Potong rotan saiz 2.0mm sepanjang 30cm lebih kurang sebanyak 10 batang, kemudian susun 2 batang rotan tersebut ke setiap atas garisan yang dibuat tadi.
3. Anyaman dibuat untuk membentuk tapak seperti digambar ini.


4. Tiang tapak dinaikkan ke atas tujuannya untuk membentuk badan bakul. Guna rotan anyam saiz 1.8mm. Anyaman hendaklah dibuat menggunakan asas anyam 3 batang rotan panjang. 2 batang rotan putih dan 1 batang rotan warna hitam. Anyam sehingga tinggi bakul mencapai 3cm.Caranya seperti digambar ini

5. Menggunakan 2 batang rotan panjang anyam dengan kaedah twist untuk membentuk badan bakul seterusnya. 1 batang rotan putih, 1 batang rotan warna hitam. Tinggi anyaman 4cm.Caranya seperti digambar ini.

6. Matikan bahagian atas bakul


7. Seterusnya sisipkan tangkai serta Rama-Rama Rotan untuk menambah serinya.
8. Sebagai pengkahirannya...bakul di varnish untuk memberi kecantikan dan ketahanan rotan berkenaan.

Selamat Menganyam...

* Pihak kami sedang menyiapkan e-book secara terperinci langkah demi langkah untuk menganyam bakul asas tapak 4 segi ini.




Rabu, 9 Mac 2011

Jobs at international Islamic University Malaysia

http://siva-my.jobstreet.com/_ja/jobstreetAssist.asp?companyid=11517

Nak share info peluang pekerjaan di Universiti Islam Malaysia.
Sesiapa yang masih mencari...silakan..Mudahan berhasil..

Advertised on 5-3-11 | Application deadline on 30-3-11.

Isnin, 7 Mac 2011

Muffin's Basket Collection

Sebahagian dari tempahan Muffin Basket

Kami namakan ia "Muffin Basket".
Sesuai untuk letak Muffin, Cup Cake atau seumpama dengannya.
Boleh dijadikan sebagai cenderahati di Majlis Perkahwinan, sebagai ganti telur yang lazim atau biasa bagi masyarakat kita Melayu menghadiahkan untuk para tetamu yang hadir.
Muffin Basket direka cipta mengikut saiz muffin, mempunyai bentuk dan saiz antaranya 4 segi, bujur serta bulat.

Hitam Natural 
kuning Natural
Pinang Masak Natural
Hitam Natural
Pink Natural
Unggu natural 
Hijau Natural
Unggu Pink Natural
Hitam Natural
Hitam Natural

Hijau Natural

Pink Natural