Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

Bakul yang dianyam menggunakan bahan hasil rimba rotan adalah indah 
jika ia dijadikan hiasan dalaman di rumah-rumah, menggunakan bahan semulajadi ini 
tampak lebih berseri andai kita menghiasi bakul-bakul rotan tersebut dengan hiasan hidup. 

Ditempatkan disudut-sudut ruang tamu, bilik, dapur dan sebagainya.
Bakul jika dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi boleh mengakibatkan keindahannya tidak terserlah, andai kita membiarkan habuk serta kotoran melekat pada bakul...

Dari itu....
Ummiecraft ingin menurunkan petua serta kaedah bagaimana membersihkan bakul-bakul rotan itu supaya nampak lebih berseri juga tahan lama.

Antara kaedahnya:
  • Bersihkan bakul tersebut menggunakan vakum...buangkan segala habuk yang melekat. Jika kotoran degil tu susah nak tanggal...guna sahaja berus gigi kering yang lembut.
  • Kemudian lembabkan kain (kain seperti kain lampin budak) dengan campuran air + cuka. Lapkan ke bakul anda.
  • Kemudian air + sedikit sabun untuk mencuci keseluruhan bakul. Memadai dengan mengelap..jangan di basahkan semua..
  • Bilas dengan air bersih. Kemudian keringkannya...lap dengan kain. Biarkan kering kaedah cahaya matahari.
Mudah je kan...selamat mencuba...:)
 

Jumaat, 11 Januari 2013

BAKUL KERTAS

Bakul Kertas Surat Khabar

Atas kehendak pelanggan kami paparkan contoh-contoh BAKUL KERTAS SURAT KHABAR untuk disesuaikan dengan keadaan. Terdapat contoh bakul kertas surat khabar seperti dibawah ini sebelum dan selepas di cat.

Bakul Kertas ini didatangi asas tapak berbentuk bulat dan 4 segi. Kami menggunakan teknik 2 anyaman untuk membentuk badan bakul kertas, manakala tangkainya dianyam menggunakan 3 batang gulungan kertas surat khabar.

Ada beberapa saiz yang boleh dijadikan panduan untuk mengisi barang kedalamnya.untuk tampak lebih menarik lekatkan bunga riben sebagai HIASAN BAKUL.Untuk lebih detail sila klik BAKUL KERTAS

BAKUL KERTAS A
T: 4.5cm, dia: tapak: 10.5cm, T.Tangkai: 11cm
BAKUL KERTAS sebelum di cat


BAKUL KERTAS B
Saiz: T: 4.5cm, Dia.: Tapak: 13cm,  T.Tangkai: 11cm
Bakul Kertas sebelum di cat


BAKUL KERTAS C 
Bakul berbentuk 4 segi
Saiz: Tinggi: 5cm, Dia: 9cm x 9cm, T.Tangkai: 9cm

BAKUL KERTAS D
Saiz: T: 5cm, Dia. Tapak: 10cm,  T.Tangkai: 11cm

Berminat dengan Bakul Kertas Surat Khabar seperti ini hubungi kami di :
014-2136157
Lan2779@gmail.com


SENI ANYAMAN ROTAN

Assalamualaikum...

Kembali lagi berblog...

Masa yang tak mengizinkan untuk aktif berblog sejak kebelakangan ini...bukan apa...cuma pihak kami sedang sibuk menganyam dari tempahan rakan-rakan diluar sana...minggu lalu kami menerima kunjungan dari Kota Baru, Kelantan, cikgu Azura yang ingin menimba ilmu seni kraf dari pihak kami...
Buat cikgu...muga dengan ilmu yang dicurahkan dapat manfaatnya. Jutaan terimakasih yer...

Dikesempatan yang ada ini kami ingin pamerkan seni anyaman rotan dari Ummiecraft...


Bekas mini dan comel ini sesuai dijadikan bekas letak gula-gula, potpuri atau bekas kerongsang..

Khamis, 10 Januari 2013

Muffin Basket



MUFFIN BASKET

Kali ini Ummiecraft menampilkan MUFFIN BASKET. Sesuai diletakkan muffin cake atau seumpama dengannya, sebagai cenderamata para tetamu. Muffin Basket didatangi pelbagai warna dan saiz.

Khamis, 27 Disember 2012

Office Corner

PEJABAT KECIL KAMI DI RUMAH
Assalamualaikum...

Kembali menulis yang sekian lama menyepi dari kesibukan menganyam kraf.
Gambar diatas adalah sebahagian dari pejabat kecil kami di rumah...disini kami berhubung...disini kami mencari ilham...disini juga tempat kami melakukan aktiviti kraf.

Internet
Yang ini perkara wajib ada :) jika tiada ibarat malam tiada bintang lah... agaknya lah. Kami tinggal di kampung jauh dari bandar...internet pun kadang ada kadang tidak...terpaksa kami keluar untuk cari signal yang baik :)

PC
Jika ada internet wajib la ada PC...laptop ke dan seumpamanya...

Meja Kerja
Nak letak, simpan peralatan, buku, invois dan macam-macam lah.

Papan Kenyataan
Nak tampal gambar-gambar bakul atau apa-apa maklumat.

Fail, alat tulis, tone warna, sample bakul dan pelbagai lah yang berkaitan.

Ok...hingga jumpa lagi untuk aktiviti memanaskan tangan :)

SALAM


Selasa, 24 Julai 2012

Perhatian Cik Syazana

UKURAN : 25cm x 25cm




Jumaat, 9 Mac 2012

Untuk Perhatian En Ahmad

Saiz: Tapak:14cm x 17cm. Tinggi: 6cm, Tinggi Tangkai: 17cm




Saiz: Tapak: 14cm x 16cm. Tinggi: 8cm. Tinggi Tangkai: 16cm















ukuran bagi Bakul Hamper Pink yang dibesarkan saiznya.
Tapak: 14cm x 17cm
Tinggi:6cm
Tinggi Tangkai:17cm

Ukuran bagi Bakul Hamper Hitam yang dibesarkan saiznya.
Tapak: 14cm x 16cm
Tinggi: 8cm
Tinggi Tangkai: 16cm

Ukuran bagi Bekas Pensil:
Luas tapak atas: 9cm
Luas Tapak bawah: 11cm
Tinggi: 10cm
http://ummiecraft.blogspot.com/p/bekas-pensil.html

Ukuran Bakul Hamper Hitam dan Pink yang terdapat di blog

Saiz Bakul
Diameter Tapak : 8cm x 8cm
Diameter Atas : 9cm x 9cm
Tinggi Bakul: 7cm

Tentang harga kami akan maklumkan melalui msg nanti...insyaAllah kami akan reduce price untuk en. muga en berpuas hati nanti.

Terimakasih

Isnin, 26 September 2011

BAKUL HAMPER

KOD H1
Warna hitam / warna asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai : 6 inci


KOD H2
Warna asli rotan
Saiz 5.5 x 5.5 x 2.5 inci
Tinggi Tangkai 6 inci


KOD: H3
Warna pink / asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz : 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai : 6 inci




KOD: H4
Warna Hitam / asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz: 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai: 6 inci

Salam buat semua...

Kali ini kami di ummiecraft ingin menampilkan rekaan Bakul Hamper pelbagai saiz dan warna....bakul hamper dari kecil hingga ke bersaiz besar boleh menempatkan aneka barangan...bakul hamper di ummiecraft ini menggunakan rotan dalam proses anyaman....dengan harga yang berpatutan dan mengikut budget anda kami akan mengadunkan bakul hamper melalui citarasa dan kehendak anda...

Sebahagian koleksi bakul ummiecraft untuk tatapan anda...lihatlah dan buatlah pilihan...jangan lupa hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Terimakasih..