Pengikut

Rabu, 26 Mei 2010

Teknik Pewarnaan

Untuk mewarnakan rotan...saya guna teknik ni...teknik ni saya dapat sewaktu berkursus secara tak formal di bengkel kraftangan Kg Kolek Sg Lembing. Selain buku dan artikel di internet dijadikan rujukan...
Teknik pewarnaan ini digunakan hampir sama mewarna atau mencelup bahan-bahan daripada tumbuhan untuk dijadikan kraftangan seperti lidi, akar, buluh, pandan, rotan, mengkuang
dan sebagainya.

Teknik pewarnaan di blog ini khusus untuk mewarna atau mencelup bahan tumbuhan daripada rotan.

Perwarnaan dibahagikan kepada 2

Pewarnaan cara tradisi
Pewarnaan cara moden

Pewarnaan Cara Tradisi

Biasanya teknik ini berkisar kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti daun mengkudu, buah kesumba dan kunyit. Bahan ni semua orang kenal kan

...cuba tengok gambar ni....

Buah Kesumba
Daun Mengkudu
Kunyit

Jika warna kuning dikehendaki dapatkan kunyit yang telah ditumbuk halus atau lebih senang blend je...hehehe macam blog resepi la pulak....
Warna kuning pinang masak atau warna lebih terang seperti merah pula dari buah kesumba. Proses sama je....
Manakala warna biru kehitaman daripada daun mengkudu.
Pewarnaan Cara Moden
Ianya cukup mudah. Kita cuma perlu dapatkan pencelup (dyestuff). Bahan ini berbentuk hablur atau serbuk. Terdapat pelbagai warna mengikut kesesuaian dan minat, atau kita juga boleh mencampurkan warna dari warna asas (merah, hijau, kuning) , contohnya pewarna hijau campur dengan pewarna kuning dengan nisbah yang biasa saya guna 2:1 (kuning 2: hijau 1). Kita akan memperolehi warna seperti gambar dibawah ni....

Selain itu hasil teknik pewarna ini bergantung kepada lama atau masa merebus rotan dan kuantiti bahan pewarna digunakan.
Anda boleh mencuba
"try and error" untuk mendapat hasil tersendiri
...................selamat Mencuba...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan