Pengikut

Ahad, 13 Jun 2010

Bengkel Anyaman Rotan

Puan Norsiah binti Ismail
Pemaju Masyarakat Kemas

Jika anda berpeluang ke Negeri Pahang Darul Makmur khususnya bandar Kuantan, jangan lupa singgah di Bengkel Anyaman Rotan dan Pelbagai, bertempat dan dibawah seliaan Kemas RRM Kolek, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.Menurut Pemaju Masyarakat Kemas, Pn. Norsiah bt Ismail...bengkel ni dibuka pada tahun 2008

dan kini mempunyai peserta terlatih terdiri dari 6 orang. Mereka dari kalangan penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Selain peserta tetap itu terdapat ahli-ahli atau pencinta kraf yang sama-sama mencipta, melahirkan idea-idea kraf untuk diketengahkan......

Banyak produk-produk kraftangan rotan dikeluarkan, antaranya tudung saji, bakul beg pakain, bakul laundry, dulang air, bekas pensil dan pelbagai. Kami ummiecraft mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kak Siah (panggilan kami kat dia...) beliau adalah tempat kami membuat rujukan, tunjuk ajar, ilmu-ilmu kraf tidak disimpan macam tu je....diwarisi kepada pencinta, peminat atau sesiapalah...

Kak Siah juga mengadakan kelas anyaman, setiap hari khamis. Jika sesiapa yang berminat boleh lah berkunjung ke Bengkel Anyaman Kak Siah di Kolek, Jln Sungai Lembing.

Sekarang ni Kak Siah dan peserta-peserta sedang sibuk menganyam untuk jualan dan pameran dibawah kelolaan Kraftangan Pahang di Water Park, Gambang.

Projet anyaman terbaru Kak Siah...

Menarik tak..?? menarik kan. Tudung saji di anyam menggunakan reben. Jika anda berminat boleh menghubungi Kak Siah atau hubungi kami pun boleh (014-8203127)

okay... berundur dulu di lain artikel.

"Cintailah Kraf Malaysia"

2 ulasan:

  1. assalamualaikum kak..mcm mn cara nk anyam tudung saji jenis sisik naga? cntik la....

    BalasPadam
  2. saya peminat barangan kraftangan rotan.Saya ingin mengunjung kilang kilang rotan di perak,tetapi saya tidak tahu langsung alamatnya.Mintarakan -rakan blog ini memaklumkan saya informasi tersebut.TQVM Mr LEE

    BalasPadam