Bakul seperti digambar ini boleh dibuat menggunakan pelbagai sumber bahan,
kebanyakan biasanya ummiecraft menggunakan bahan dari sumber alam rimba seperti Rotan.....
Kali ini Ummiecraft ingin berkongsi pengalaman mencipta bakul yang mana dapat memuatkan kek untuk Majlis Perkahwinan yang ditempah oleh pelanggan.
Menganyam bakul memerlukan tahap kesabaran dan minat yang tinggi...kalau tidak ada secebis dari sifat itu anda akan mudah kalah...jika berminat teruskan pembacaan...dan disini diterangkan kaedah menganyam Bakul Kek dan harap dapat membantu anda untuk mencipta bakul seterusnya.
Saiz Bakul
Diameter Tapak : 8cm x 8cm
Diameter Atas : 9cm x 9cm
Tinggi Bakul: 7cm
Tinggi Tangkai: 10cm
Bahan-Bahan
Rotan Putih Bulat saiz 1.8mm
Rotan Warna Hitam saiz 1.8mm
Rotan Putih Bulat saiz 2.5mm
Cara-Cara Menganyam
1. Sebelum anyaman dimulakan ada baiknya anda melakarkan garisan kotak 8 x 8. Jarak antara garisan adalah 2cm.
2. Untuk membina tapak bakul bersaiz 8cm x 8cm. Potong rotan saiz 2.0mm sepanjang 30cm lebih kurang sebanyak 10 batang, kemudian susun 2 batang rotan tersebut ke setiap atas garisan yang dibuat tadi.
3. Anyaman dibuat untuk membentuk tapak seperti digambar ini.
4. Tiang tapak dinaikkan ke atas tujuannya untuk membentuk badan bakul. Guna rotan anyam saiz 1.8mm. Anyaman hendaklah dibuat menggunakan asas anyam 3 batang rotan panjang. 2 batang rotan putih dan 1 batang rotan warna hitam. Anyam sehingga tinggi bakul mencapai 3cm.Caranya seperti digambar ini
5. Menggunakan 2 batang rotan panjang anyam dengan kaedah twist untuk membentuk badan bakul seterusnya. 1 batang rotan putih, 1 batang rotan warna hitam. Tinggi anyaman 4cm.Caranya seperti digambar ini.
6. Matikan bahagian atas bakul
7. Seterusnya sisipkan tangkai serta Rama-Rama Rotan untuk menambah serinya.
8. Sebagai pengkahirannya...bakul di varnish untuk memberi kecantikan dan ketahanan rotan berkenaan.
Selamat Menganyam...
* Pihak kami sedang menyiapkan e-book secara terperinci langkah demi langkah untuk menganyam bakul asas tapak 4 segi ini.
lgijkgiijjjjjjjjjjjjj
BalasPadam