Pengikut

Ahad, 5 Mac 2017

Kursus Anyaman Bakul Rotan

 Anyaman Bakul Rotan

Basket Weaving Demo

Basket Weaving Demo diadakan di Perpustakaan UIAM, Kuantan atas jemputan pihak perpustakaan sempena "Library Open Day". Dari itu, pihak kami Ummiecraft ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak Perpustakaan UIAM Kuantan kerana menjemput kami untuk memberi pendedahan atau kursus anyaman rotan kepada staff atau para pelajar UIAM. 
sekitar dihari demo anyaman bakul oleh ummiecraft

Pendedahan Pembuatan Kraftangan

Ummie tekun memberi tunjuk ajar anyaman bakul rotan

Ummie sedang tekun mengajar kraf kepada peserta

Seramai 60 staff dan pelajar UIAM hadir untuk mengikuti kursus asas anyaman rotan ini. Kursus asas anyaman inin bertujuan untuk memberi pendedahan baru tentang pembuatan kraftangan terutamanya anyaman rotan.

Satu pertandingan anyaman bakul rotan diadakan diakhir kursus tersebut, ramai yang terlibat dan mengambil bahagian. Pemenang dinilai dari segi kekemasan anyaman, peserta yang terlibat boleh dikatakan pandai serta boleh menerima ilmu dan ada bakat seni anyaman walaupun mengikuti kursus anyaman singkat ini.

Kepada tuan-puan yang memerlukan kursus seperti ini sila berhubung dengan Ummie di talian:
 call : 014-2136157

Isnin, 27 Februari 2017

BAKUL HANTARAN KAHWIN

Bakul Hantaran Perkahwinan


Ummiecraft nak share tempahan bakul hantaran kahwin dari Perak.
Bakul hantaran kahwin berbentuk bulat dan empat segi. Warna mengikut pilihannya.
Tapak bakul hantaran kahwin samada berbentuk bulat dan empat segi menggunakan formica berwarna. Corak anyaman menggunakan kaedah silang pangkah bagi bakul empat segi dan bagi bakul hantaran bulat corak anyaman 3 rotan anyam.

Bakul Hantaran Kahwin Rotan

Bakul Hantaran Kahwin
Bakul Hantaran Kahwin

Kepada tuan/puan yang berminat dengan corak anyaman bagi bakul rotan hantaran ini bolehlah berhubung dengan kami :

Whatsapp atau call : 014-2136157 (Rohani), 013-9952664 (Roslan)
http://bakulrotan.wasap.my/
Follow kami di IG : @rotankraf

Rabu, 21 Disember 2016

Lawatan Orang TV

Lawatan dokumentari 


Assalamualaikum...

Ummiecraft kembali lagi...

Kali ni sekitar lawatan dari orang-orang Tv...katanya untuk dukomentari...kami terima dan sambut mereka dengan hati yang lapang...hari itu dapatlah kami ummiecraft bergambar dengan Wan Sharmila dan Atie AF
Wan Sharmila bersama bakul rotan nya
Atie AF, Ummie, Liza, Wan Sharmila

Sekitar gambar lawatan orang TV ke teratak kami ummiecraft
Sebagai tanda hormat dan kenangan ummiecraft hadiahkan bakul mini rotan dan lampu gasoline dari rotan untuk mereka bawa pulang...terimakasih kerana mengunjungi teratak kami serta memberi peluang kepada kami ummiecraft untuk memperkenalkan barangan kraf dari anyaman rotan ini kepada masyarakat di luar sana..

Lampu Gasoline Rotan
Kepada yang memerlukan lampu Gasoline Rotan ini boleh lah berhubung dengan Ummiecraft :
whatsapp @ call : 014-2136157 / 013-9952664



Rabu, 21 September 2016

BAKUL ROTAN

Bakul Anyaman Rotan


Mini Basket
Bakul yang dianyam menggunakan bahan hasil rimba rotan adalah indah 
jika ia dijadikan hiasan dalaman di rumah-rumah, menggunakan bahan semulajadi ini 
tampak lebih berseri andai kita menghiasi bakul-bakul rotan tersebut dengan hiasan hidup. 

Ditempatkan disudut-sudut ruang tamu, bilik, dapur dan sebagainya.
Bakul jika dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi boleh mengakibatkan keindahannya tidak terserlah, andai kita membiarkan habuk serta kotoran melekat pada bakul...

Dari itu....
Ummiecraft ingin menurunkan petua serta kaedah bagaimana membersihkan bakul-bakul rotan itu supaya nampak lebih berseri juga tahan lama.

Antara kaedahnya:
  • Bersihkan bakul tersebut menggunakan vakum...buangkan segala habuk yang melekat. Jika kotoran degil tu susah nak tanggal...guna sahaja berus gigi kering yang lembut.
  • Kemudian lembabkan kain (kain seperti kain lampin budak) dengan campuran air + cuka. Lapkan ke bakul anda.
  • Kemudian air + sedikit sabun untuk mencuci keseluruhan bakul. Memadai dengan mengelap..jangan di basahkan semua..
  • Bilas dengan air bersih. Kemudian keringkannya...lap dengan kain. Biarkan kering kaedah cahaya matahari.
Mudah je kan...selamat mencuba...:)

Jumaat, 11 Januari 2013

BAKUL KERTAS

Bakul Kertas Surat Khabar

Atas kehendak pelanggan kami paparkan contoh-contoh BAKUL KERTAS SURAT KHABAR untuk disesuaikan dengan keadaan. Terdapat contoh bakul kertas surat khabar seperti dibawah ini sebelum dan selepas di cat.

Bakul Kertas ini didatangi asas tapak berbentuk bulat dan 4 segi. Kami menggunakan teknik 2 anyaman untuk membentuk badan bakul kertas, manakala tangkainya dianyam menggunakan 3 batang gulungan kertas surat khabar.

Ada beberapa saiz yang boleh dijadikan panduan untuk mengisi barang kedalamnya.untuk tampak lebih menarik lekatkan bunga riben sebagai HIASAN BAKUL.Untuk lebih detail sila klik BAKUL KERTAS

BAKUL KERTAS A
T: 4.5cm, dia: tapak: 10.5cm, T.Tangkai: 11cm
BAKUL KERTAS sebelum di cat


BAKUL KERTAS B
Saiz: T: 4.5cm, Dia.: Tapak: 13cm,  T.Tangkai: 11cm
Bakul Kertas sebelum di cat


BAKUL KERTAS C 
Bakul berbentuk 4 segi
Saiz: Tinggi: 5cm, Dia: 9cm x 9cm, T.Tangkai: 9cm

BAKUL KERTAS D
Saiz: T: 5cm, Dia. Tapak: 10cm,  T.Tangkai: 11cm

Berminat dengan Bakul Kertas Surat Khabar seperti ini hubungi kami di :
014-2136157
Lan2779@gmail.com


SENI ANYAMAN ROTAN

Bekas Kerongsang Rotan


Kembali lagi berblog...

Masa yang tak mengizinkan untuk aktif berblog sejak kebelakangan ini...bukan apa...cuma pihak kami sedang sibuk menganyam dari tempahan rakan-rakan diluar sana...minggu lalu kami menerima kunjungan dari Kota Baru, Kelantan, cikgu Azura yang ingin menimba ilmu seni kraf dari pihak kami...
Buat cikgu...muga dengan ilmu yang dicurahkan dapat manfaatnya. Jutaan terimakasih yer...

Dikesempatan yang ada ini kami ingin pamerkan seni anyaman rotan dari Ummiecraft...

Bekas Kerongsang Berpenutup

Bekas mini dan comel ini sesuai dijadikan bekas letak gula-gula, potpuri atau bekas kerongsang..

.dah semestinya kan perkara itu berlaku dimajlis perkahwinan atau seumpamanya.

VIP atau pihak keluarga pengantin hadiahkan kepada mereka bekas-bekas anyaman rotan seperti ini untuk dibawa pulang.

Ada beberapa corak dan saiz yang kami pamerkan disini...pilihan warna mengikut citarasa sendiri atau saiznya boleh ditentukan. Kami akan menganyam untuk anda.

Berbentuk Buah dan Berpenutup. Berwarna Hijau/Asli Rotan



Bentuk Buah Bekas Mini Rotan

Bekas Kerongsang Mini - Natural Color

Warna Natural Rotan. Berpenutup.

Bekas Bentuk Buah / Berpenutup / Warna: Natural Rotan



Kepada yang berminat, bolehlah hubungi kami di:

Whatsapp @ call : 014-2136157 (Rohani)
013-9952664 (Roslan)

Detail: Bekas Kerongsang Mini




Khamis, 10 Januari 2013

MUFFIN BASKET

Pelbagai Muffin Basket


Bakul Mini Muffin
Bakul Mini Muffin
Bakul Mini Muffin


MUFFIN BASKET

Kali ini Ummiecraft menampilkan MUFFIN BASKET. Sesuai diletakkan muffin cake atau seumpama dengannya, sebagai cenderamata para tetamu. Muffin Basket didatangi pelbagai warna dan saiz.

Materials:
  1. Round rattan - saiz 1.8mm (nature color) - untuk membentuk tapak, badan serta lilitan kekemasan pada tangkai bakul.
  2. Round rattan - saiz 2.5mm (nature color) - untuk dijadikan tangkai.
  3. Round rattan - saiz 1.8mm (purple color) - menggunakan pewarna "dye stuff")
  4. Gloss varnish - disapukan keseluruhan bakul muffin.
Saiz Bakul:
Saiz tapak: 6mm diameter
Saiz atas: 9mm diameter
Tinggi: 5mm (tidak termasuk tangkai)
Tinggi tangkai: 9mm

Warna pilihan
Jingga, kuning, kuning pinang masak, pink, hijau muda/tua, merah, oren.

Harga:
menawarkan harga dari RM3.00 ke RM4.50/pc

Untuk tempahan sila hubungi kami di:

Whatsapp @ call : 014-2136157 (Rohani), 013-9952664 (Roslan)
email: ummiecraft@gmail.com

Detail : MUFFIN BASKET


Khamis, 27 Disember 2012

Office Corner

PEJABAT KECIL KAMI DI RUMAH
Assalamualaikum...

Kembali menulis yang sekian lama menyepi dari kesibukan menganyam kraf.
Gambar diatas adalah sebahagian dari pejabat kecil kami di rumah...disini kami berhubung...disini kami mencari ilham...disini juga tempat kami melakukan aktiviti kraf.

Internet
Yang ini perkara wajib ada :) jika tiada ibarat malam tiada bintang lah... agaknya lah. Kami tinggal di kampung jauh dari bandar...internet pun kadang ada kadang tidak...terpaksa kami keluar untuk cari signal yang baik :)

PC
Jika ada internet wajib la ada PC...laptop ke dan seumpamanya...

Meja Kerja
Nak letak, simpan peralatan, buku, invois dan macam-macam lah.

Papan Kenyataan
Nak tampal gambar-gambar bakul atau apa-apa maklumat.

Fail, alat tulis, tone warna, sample bakul dan pelbagai lah yang berkaitan.

Ok...hingga jumpa lagi untuk aktiviti memanaskan tangan :)

SALAM