Pengikut

Memaparkan catatan dengan label HANDMADE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HANDMADE. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2017

BAKUL HANTARAN KAHWIN

Bakul Hantaran Perkahwinan


Ummiecraft nak share tempahan bakul hantaran kahwin dari Perak.
Bakul hantaran kahwin berbentuk bulat dan empat segi. Warna mengikut pilihannya.
Tapak bakul hantaran kahwin samada berbentuk bulat dan empat segi menggunakan formica berwarna. Corak anyaman menggunakan kaedah silang pangkah bagi bakul empat segi dan bagi bakul hantaran bulat corak anyaman 3 rotan anyam.

Bakul Hantaran Kahwin Rotan

Bakul Hantaran Kahwin
Bakul Hantaran Kahwin

Kepada tuan/puan yang berminat dengan corak anyaman bagi bakul rotan hantaran ini bolehlah berhubung dengan kami :

Whatsapp atau call : 014-2136157 (Rohani), 013-9952664 (Roslan)
http://bakulrotan.wasap.my/
Follow kami di IG : @rotankraf

Rabu, 21 September 2016

BAKUL ROTAN

Bakul Anyaman Rotan


Mini Basket
Bakul yang dianyam menggunakan bahan hasil rimba rotan adalah indah 
jika ia dijadikan hiasan dalaman di rumah-rumah, menggunakan bahan semulajadi ini 
tampak lebih berseri andai kita menghiasi bakul-bakul rotan tersebut dengan hiasan hidup. 

Ditempatkan disudut-sudut ruang tamu, bilik, dapur dan sebagainya.
Bakul jika dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi boleh mengakibatkan keindahannya tidak terserlah, andai kita membiarkan habuk serta kotoran melekat pada bakul...

Dari itu....
Ummiecraft ingin menurunkan petua serta kaedah bagaimana membersihkan bakul-bakul rotan itu supaya nampak lebih berseri juga tahan lama.

Antara kaedahnya:
  • Bersihkan bakul tersebut menggunakan vakum...buangkan segala habuk yang melekat. Jika kotoran degil tu susah nak tanggal...guna sahaja berus gigi kering yang lembut.
  • Kemudian lembabkan kain (kain seperti kain lampin budak) dengan campuran air + cuka. Lapkan ke bakul anda.
  • Kemudian air + sedikit sabun untuk mencuci keseluruhan bakul. Memadai dengan mengelap..jangan di basahkan semua..
  • Bilas dengan air bersih. Kemudian keringkannya...lap dengan kain. Biarkan kering kaedah cahaya matahari.
Mudah je kan...selamat mencuba...:)

Jumaat, 11 Januari 2013

BAKUL KERTAS

Bakul Kertas Surat Khabar

Atas kehendak pelanggan kami paparkan contoh-contoh BAKUL KERTAS SURAT KHABAR untuk disesuaikan dengan keadaan. Terdapat contoh bakul kertas surat khabar seperti dibawah ini sebelum dan selepas di cat.

Bakul Kertas ini didatangi asas tapak berbentuk bulat dan 4 segi. Kami menggunakan teknik 2 anyaman untuk membentuk badan bakul kertas, manakala tangkainya dianyam menggunakan 3 batang gulungan kertas surat khabar.

Ada beberapa saiz yang boleh dijadikan panduan untuk mengisi barang kedalamnya.untuk tampak lebih menarik lekatkan bunga riben sebagai HIASAN BAKUL.Untuk lebih detail sila klik BAKUL KERTAS

BAKUL KERTAS A
T: 4.5cm, dia: tapak: 10.5cm, T.Tangkai: 11cm
BAKUL KERTAS sebelum di cat


BAKUL KERTAS B
Saiz: T: 4.5cm, Dia.: Tapak: 13cm,  T.Tangkai: 11cm
Bakul Kertas sebelum di cat


BAKUL KERTAS C 
Bakul berbentuk 4 segi
Saiz: Tinggi: 5cm, Dia: 9cm x 9cm, T.Tangkai: 9cm

BAKUL KERTAS D
Saiz: T: 5cm, Dia. Tapak: 10cm,  T.Tangkai: 11cm

Berminat dengan Bakul Kertas Surat Khabar seperti ini hubungi kami di :
014-2136157
Lan2779@gmail.com


SENI ANYAMAN ROTAN

Bekas Kerongsang Rotan


Kembali lagi berblog...

Masa yang tak mengizinkan untuk aktif berblog sejak kebelakangan ini...bukan apa...cuma pihak kami sedang sibuk menganyam dari tempahan rakan-rakan diluar sana...minggu lalu kami menerima kunjungan dari Kota Baru, Kelantan, cikgu Azura yang ingin menimba ilmu seni kraf dari pihak kami...
Buat cikgu...muga dengan ilmu yang dicurahkan dapat manfaatnya. Jutaan terimakasih yer...

Dikesempatan yang ada ini kami ingin pamerkan seni anyaman rotan dari Ummiecraft...

Bekas Kerongsang Berpenutup

Bekas mini dan comel ini sesuai dijadikan bekas letak gula-gula, potpuri atau bekas kerongsang..

.dah semestinya kan perkara itu berlaku dimajlis perkahwinan atau seumpamanya.

VIP atau pihak keluarga pengantin hadiahkan kepada mereka bekas-bekas anyaman rotan seperti ini untuk dibawa pulang.

Ada beberapa corak dan saiz yang kami pamerkan disini...pilihan warna mengikut citarasa sendiri atau saiznya boleh ditentukan. Kami akan menganyam untuk anda.

Berbentuk Buah dan Berpenutup. Berwarna Hijau/Asli Rotan



Bentuk Buah Bekas Mini Rotan

Bekas Kerongsang Mini - Natural Color

Warna Natural Rotan. Berpenutup.

Bekas Bentuk Buah / Berpenutup / Warna: Natural Rotan



Kepada yang berminat, bolehlah hubungi kami di:

Whatsapp @ call : 014-2136157 (Rohani)
013-9952664 (Roslan)

Detail: Bekas Kerongsang Mini




Khamis, 10 Januari 2013

MUFFIN BASKET

Pelbagai Muffin Basket


Bakul Mini Muffin
Bakul Mini Muffin
Bakul Mini Muffin


MUFFIN BASKET

Kali ini Ummiecraft menampilkan MUFFIN BASKET. Sesuai diletakkan muffin cake atau seumpama dengannya, sebagai cenderamata para tetamu. Muffin Basket didatangi pelbagai warna dan saiz.

Materials:
  1. Round rattan - saiz 1.8mm (nature color) - untuk membentuk tapak, badan serta lilitan kekemasan pada tangkai bakul.
  2. Round rattan - saiz 2.5mm (nature color) - untuk dijadikan tangkai.
  3. Round rattan - saiz 1.8mm (purple color) - menggunakan pewarna "dye stuff")
  4. Gloss varnish - disapukan keseluruhan bakul muffin.
Saiz Bakul:
Saiz tapak: 6mm diameter
Saiz atas: 9mm diameter
Tinggi: 5mm (tidak termasuk tangkai)
Tinggi tangkai: 9mm

Warna pilihan
Jingga, kuning, kuning pinang masak, pink, hijau muda/tua, merah, oren.

Harga:
menawarkan harga dari RM3.00 ke RM4.50/pc

Untuk tempahan sila hubungi kami di:

Whatsapp @ call : 014-2136157 (Rohani), 013-9952664 (Roslan)
email: ummiecraft@gmail.com

Detail : MUFFIN BASKET


Selasa, 15 Mac 2011

Mari Belajar Anyam Bakul

Bakul seperti digambar ini boleh dibuat menggunakan pelbagai sumber bahan, 
kebanyakan biasanya ummiecraft menggunakan bahan dari sumber alam rimba seperti Rotan.....
Kali ini Ummiecraft ingin berkongsi pengalaman mencipta bakul yang mana dapat memuatkan kek untuk Majlis Perkahwinan yang ditempah oleh pelanggan.
Menganyam bakul memerlukan tahap kesabaran dan minat yang tinggi...kalau tidak ada secebis dari sifat itu anda akan mudah kalah...jika berminat teruskan pembacaan...dan disini diterangkan kaedah menganyam Bakul Kek dan harap dapat membantu anda untuk mencipta bakul seterusnya.

Saiz Bakul
Diameter Tapak : 8cm x 8cm
Diameter Atas : 9cm x 9cm
Tinggi Bakul: 7cm
Tinggi Tangkai: 10cm

Bahan-Bahan
Rotan Putih Bulat saiz 1.8mm 
Rotan Warna Hitam saiz 1.8mm
Rotan Putih Bulat saiz 2.5mm

Cara-Cara Menganyam
1. Sebelum anyaman dimulakan ada baiknya anda melakarkan garisan kotak 8 x 8. Jarak antara garisan adalah 2cm.
2. Untuk membina tapak bakul bersaiz 8cm x 8cm. Potong rotan saiz 2.0mm sepanjang 30cm lebih kurang sebanyak 10 batang, kemudian susun 2 batang rotan tersebut ke setiap atas garisan yang dibuat tadi.
3. Anyaman dibuat untuk membentuk tapak seperti digambar ini.


4. Tiang tapak dinaikkan ke atas tujuannya untuk membentuk badan bakul. Guna rotan anyam saiz 1.8mm. Anyaman hendaklah dibuat menggunakan asas anyam 3 batang rotan panjang. 2 batang rotan putih dan 1 batang rotan warna hitam. Anyam sehingga tinggi bakul mencapai 3cm.Caranya seperti digambar ini

5. Menggunakan 2 batang rotan panjang anyam dengan kaedah twist untuk membentuk badan bakul seterusnya. 1 batang rotan putih, 1 batang rotan warna hitam. Tinggi anyaman 4cm.Caranya seperti digambar ini.

6. Matikan bahagian atas bakul


7. Seterusnya sisipkan tangkai serta Rama-Rama Rotan untuk menambah serinya.
8. Sebagai pengkahirannya...bakul di varnish untuk memberi kecantikan dan ketahanan rotan berkenaan.

Selamat Menganyam...

* Pihak kami sedang menyiapkan e-book secara terperinci langkah demi langkah untuk menganyam bakul asas tapak 4 segi ini.




Ahad, 16 Januari 2011

TAMBAH ILMU KEMAHIRAN MELALUI KURSUS

KURSUS ANYAMAN ROTAN


Hadirkanlah diri anda ke Kursus atau Seminar di sekitar daerah anda jika inginkan ilmu kemahiran yang berkaitan. Sehubungan dengan itu kami di Ummiecraft tidak melepaskan peluang dan berkesempatan menghadiri "kursus Pengurusan Sumber Keluarga". Bertempat di Bengkel Kraf Rotan, RRM Kolek, Sungai Lembing. Kami ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS, Parlimen Paya Besar, Kuantan.

Melalui kursus itu kami dapat menimba ilmu kemahiran baru dalam teknik menganyam Bakul Beg. Selain itu kami juga diberi pendedahan melalui ceramah Pengurusan Sumber & Kewangan Keluarga serta Mengenal Prodek dan Pasaran Masa Kini yang disampaikan oleh Pegawai dari MARA.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari memberi manfaat yang amat berguna....diharapkan Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS terus mewujudkan kursus-kursus sebegini.

Terimakasih sekali lagi buat Kak Nab dan Kak Siah yang bertindak sebagai penyelia dan guru.

SEKITAR GAMBAR KURSUS

Pegawai Mara Menyampaikan Ceramah

Puan Napsiah Penyelia Kemas

Anyaman tapak bakul oleh Pn Napsiah

Peserta Bengkel dengan anyaman bakul nya

Pserta Bengkel

Peserta Bengkel

Proses varnish Bakul Beg 

Bakul Beg yang telah siap di anyam

Untuk dipertandingkan


Bagaimana Proses menganyam Bakul Beg Rotan



asas tapak bakul bujur

anyaman badan bakul 

Teknik kelarai digunakan 

Teknik kelarai


Proses anyaman takapk bakul







Kepada yang berminat Bakul Beg anyaman Rotan ini bolehlah berhubung dengan kami melalui email : whatsapp @ call : 0142136157 
email: ummiecraft@gmail.com



 ..................KURSUS LAGI...............



ANTARA INTIPATI CERAMAH KURSUS

  1. Harus berulang kali mencuba jika gagal..tidak harus mengaku kalah
  2. Hasil yang dikeluarkannya mestilah bermutu
  3. Komited pada perjanjian dengan pelanggan
  4. Cekap dalam mengendalikan perniagaan. Mesti tahu bagaimana mengurangkan kos dan pantas.
  5. Penerangan yang sistematik serta mempunyai strategi
  6. Sentiasa merangka strategi dan idea baru
  7. Yakin pada kemajuan perniagaan - yakin akan berjaya
  8. Ketegasan pada diri sendiri serta pekerja
  9. Berkebolehan menyakinkan orang lain
  10. Perlu ada strategi pengaruh dan rangkaian
  11. Menggunakan strategi pengaruh silaturahim melalui promosi, pakar runding, kursus, pinjaman.