Di blog ni bukan sahaja boleh dapati kraftangan berasaskan rotan tapi, terdapat juga kraftangan dari bahan kitar semula. Bahan tu sudah tentu kertas surat khabar...Mungkin diantara pembaca atau yang berada diluar sana sudah mengenali kraftangan dari bahan terbuang itu atau kraftangan dari kertas surat khabar, ya...kraftangan dari bahan tersebut memenuhi setiap iklan-iklan yang ada di internet...
Pihak kami juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan bakul telur dari kertas surat khabar. Jika dilihat seni buatan nya atau cara anyaman seakan hampir sama seperti anyaman rotan...tetapi jika diteliti dengan baik, ia adalah hasil seni yang unik dari bahan terbuang kertas surat khabar.
Jadi, tuan-tuan dan puan-puan jika anda rajin....jika anda kreatif orangnya...jika anda mahu menjimatkan kos...jika anda apa-apa aje lahh...selepas ni kumpul kertas surat khabar....jangan dibuang....nanti kotor dan mencemarkan alam.
Adalah lebih baik anda gunting atau potongkan kertas surat khabar itu kebeberapa bahagian...untuk dijadikan kraftangan. Bahagian yang dipotong tersebut perlulah digulung bulat menggunakan lidi ke atau seumpama. Kemudian, sudah selesai bahagian itu dianyam untuk dijadikan kraftangan
seperti Bakul Telur Kertas Surat Khabar...
Cuba lihat gambar dibawah ni...Ini adalah contoh yang kami buat...
BAKUL TELUR KERTAS SURAT KHABAR |
Agak-agak jadi tak jika tuan-tuan puan-puan menganyam menggunakan kertas surat khabar.
Mesti boleh. Kami boleh beri panduan. InsyaAllah.
Sekiranya kekurangan masa order je...
Kraftangan dari anyaman rotan ada peminatnya tersendiri,
begitu juga kraftangan dari anyaman kertas surat khabar ada peminatnya.
Kepada Peminat Anyaman Kertas Surat Khabar Berita baik untuk anda yang sedang
mencari BAKUL TELUR seperti ini...
TINGGALKAN pesanan tempahan melalui borang tempahan didalam blog ini atau sms atau email
Saya minat Kraf Surat Khabar. Mungkin satu masa nanti berkesempatan untuk belajar. Untuk ajar anak-anak.
BalasPadamJika berkesempatan juga ingin saya perturunkan ilmu kraf surat khabar kepada sesiapa yang berminat.:)
BalasPadamSAYE NK BLAJAR BUAT BAKUL GUNE SURAT KHABAR.. MCM MANE YE??
BalasPadamakum..
BalasPadamsya berminat ngan ayaman ni.. ade buku x?
salam semua. saya amat berminat dengan kraftangan suratkhabar dan sedang membuat research untuk projek tahun akhir beraitan kraftangan ini.
BalasPadamsalam semua.. boleh share dgn sya x mcm mne nk dptkn info lbih m'dlm b'kaitn seni kraf ini?
BalasPadam-ayu90- (",)
sye nak belajar??sye minat dlm bab2 kraftangan ni
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadamkepada mereka yang sedang mencari info bab kraf ini atau ingin belajar cara membuatnya....kami masih dalam proses untuk menerbit sendiri buku panduannya.InsyaAllah bila siap nanti kami akan hebahkan...tapi rasanya dalam internet ni boleh dapatkan info tersebut...atau kita juga boleh berhubung terus melalui tuan punya blog kraf atau juga hubungi pusat2 kraftangan ditempat masing2. Lagi satu pihak Jabatan KEMAS kebiasaannya ada menyediakan kursus tersebut..jadi rajin2 lah bertanya ye..
Nak anyam bakul telur seperti diatas tu kami guna kertas buku telefon. Dawai halus. Gulungan tu mesti la halus dan kecil...
BalasPadamsalam,
BalasPadamsaya hawa dari majalah remaja, saya berminat dengan hasil kraf tangan dari bahan terbuang, boleh saya dapatkan no telefon en?
Salam cik Hawa...terimakasih atas kunjungan cik ke blog kami....cik boleh hubungi kami di 014-2136157 (Rohani) atau 014-8203127 (Roslan)
PadamAskm sy berminat sgt untk belajar ada khusus tak..sy minat sgt
BalasPadamSAYA SUKA KRAF TANGAN .BOLEH TOLONG BG RUJUKAN.SAYA BTUL INGIN BELAJAR
BalasPadamsaya pun ingin membuat kraf surat khabar harap balas tun arisya
BalasPadamSalam. Saya ada buat jgk bakul drp surat khabar. Saya ingin tahu cara buat lekuk 2 bakul. Mohon tunjuk ajar.
BalasPadam